CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

SERAM!!! Penyingkap Fakta "666"

Bersama Mazidul

sharing is caring Lily's CLICK [@ your fingers]

Ilmu Yang Disampaikan Oleh Dr. Norhissam Mustafa


Asslamualaikum semua,

Daripada saya kebosanan di sini, jadi baik saya coret-coret ilmu yang saya dapat dari kursus-kursus daripada Dr Norhissam Mustafa. Ilmu yang sangat menarik yang kebanyakan kita lupa dan mungkin tidak mengetahuinya. Dulu semasa kecil mesti pernah terfikir begini,
“Kenapalah kena sembahyang?
Kenapalah kena pakai tudung?
Kenapalah kena bangun solat subuh…mengantuk laaa…!”
Dan macam-macam gaya alasan kita. Bila sudah besar, kita buat sebab itu perintah Allah , kita kena yakin dan patuh. Lagi, kita kena belajar bersabar bersabar bersabar…jangan balas dendam…memaafkan…kita pun patuh dan yakin kerana mahukan syurga Allah. Tetapi kadang-kala mesti terlintas kenapa dan mengapa? Inilah nak kongsi, nak share dengan anda.

4 unsur utama dalam badan kita: Nitrogen, oksigen, hidrogen dan karbon sebanyak 96%. Unsur surih hanya 4% diperlukan oleh badan seperti magnesium, kalsium, besi dan unsur-unsur yang lain. Namun ada kalanya kita berbelanja mahal untuk memenuhi keperluan unsur surih sahaja. Sedangkan unsur utama sumbernya dari cara hidup kita sendiri.
Nitrogen adalah motivasi kita,
Oksigen dari akhlak kita,
hidrogen dari ilmu-ilmu yang kita pelajari dan
karbon amalan seharian kita.

Rahsia keimunan kita ialah keyakinan dan motivasi yang tinggi. Keyakinan kita yang tinggi wujudnyanya Allah, Dia lah yang mencipta alam semesta, Dia lah yang maha merancang segala sesuatu, Dia lah yang menguji kita, Dia lah yang memberi kita sakit dan Dia jugala lah menyembuhkan kita dan Dia lah semuanya. Keyakinan kita inilah yang merangsang keimunan dalam badan kita. syahadah adalah yakinnya kita Allah lah yang merancang segala-galanya. Setiap saat kita yakin padanya. namun jika kita tiada rasa keyakinan ini, datanglah beberapa penyakit seperti hilang semangat dan motivasi. Bila datang susah, datang sakit terus rasa lemah badan dan hilang semangat. Tambah lagi bila doktor beritahu yang peluang hidup hanya tinggal dua tiga bulan sahaja lagi. Pastilah dah tidak kisah lagi tentang hidup. Makan ubat pun hanya sekadar buat syarat sahaja. Kita pun terus mengeluh dan bertanya mengapa diri ini yang dipilih, hilang lagi keyakinan kita, menyebabkan keimunan kita semakin lemah dan akan menyerang benteng seterusnya iaitu antibodi
Rahsia antibodi ialah akhlak.

Akhlak yang baik dapat menghasilkan antibodi yang baik dan akhlak ini adalah rahsia kesihatan 16 organ badan kita. Akhlak yang baik akan menghasilkan tenaga yang berguna untuk organ-organ kita. Manakala akhlak yang buruk akan menganggu operasi organ-organ kita. Contohnye seorang yang pemarah akan menganggu jantung, malas akan menggangu tulang. Apabila antibodi telah terganggu, ini akan menyerang hormon.
Rahsia hormon kita ialah keilmuan. Semakin rajin kita menuntut ilmu-ilmu yang berfaedah, hormon kita akan sentiasa dalam keadaan seimbang dengan izin Allah. Dan kita juga tahu Allah menyuruh kita sentiasa menuntut ilmu. Ilmu-ilmu ini rupanya memberikan tenaga yang baik untuk sistem badan kita. Jadi rajin-rajinlah membaca dan mencari ilmu supaya badan kita sentiasa dalam keadaan seimbang insyallah, apabila hormon kita sudah tidak berada dalam keadaan seimbang dan kita tidak melakukan apa-apa untuk mengubatinya, seterusnya akan menyerang enzim.

Rahsia enzim pula adalah amalan seharian kita. Istiqamahnya kita apabila melakukan amalan-amalan seharian dengan baik dan mengikut syariat islam, enzim kita akan sentiasa dalam keadaan seimbang insyaallah. Amalan kita seharusnya dijaga 24 jam sehari. Apa yang kita lakukan tidak melanggar syariat islam. Apa yang anda faham dengan amalan tersebut? mari sini dekat sikit….amalan-amalan yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. iaitu bangun di awal pagi untuk melakukan Qiamulaill, jangan tidur selepas subuh,buat kerja dan cari rezeki yang halal dan banyak lagi.
"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

0 000 org nk tau...:

Post a Comment

DrOp yOuR cOmMeNtS HeRe!, If HaPpY PlEaSe "LIKE"

There was an error in this gadget