CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

SERAM!!! Penyingkap Fakta "666"

Bersama Mazidul

sharing is caring Lily's CLICK [@ your fingers]

"Buang sampah Buang bayi"


Sejak kebelakangan ini semakin menular pembuangan bayi.. ibarat membuang sampah.. seolah2 menjadi satu trend masa kini... bayi dibuang hampir setiap hari.. sedih bila melihatnya.. ya allah ya rabbi selamatkan keluarga ku dari bencana2 seperti ini dan jauhilah mereka dari sifat2 keji...amin...

571 KES DILAPOR

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata sebanyak 571 kes pembuangan bayi dilaporkan sehingga Jumaat lalu dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi dengan 147 kes diikuti Johor, 113 kes.

Beliau berkata, rekod itu diperoleh berdasarkan statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sejak 2004, yang turut melaporkan hanya satu kes diterima di Perlis menjadikan ia negeri paling sedikit berdepan masalah pembuangan bayi.

“Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi yang tertinggi, diikuti Johor, manakala jumlah kes terendah dicatatkan di negeri Perlis,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) di Dewan Rakyat.

Shamsul mahukan kementerian menyatakan statistik kes pembuangan bayi mengikut kaum dan negeri, namun akan dijawab secara bertulis. Beliau juga bertanya sama ada kementerian bercadang menambah jumlah bantuan kepada golongan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Berkenaan itu, Shahrizat berkata, buat masa ini kementerian mengguna pakai kadar sedia ada yang diperkenalkan pada Januari 2008 dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah yang juga Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

“Kita menggunakan pendekatan ‘productive welfare’, ‘social enterprise’ dan juga 1Azam. Klien JKM yang dikenal pasti produktif akan diberikan bantuan modal oleh JKM untuk menjalankan perniagaan ataupun aktiviti yang menjana pendapatan bersesuaian dengan konsep,” katanya.

PULAU PINANG 17 Nov. - Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di dalam longkang di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini.

Tangisan bayi di kawasan kubur
KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemui sepasang suami isteri di kawasan tanah perkuburan Islam Danau Kota, Taman Setapak Indah, di sini, pagi semalam.

Mayat bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah
KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini hari ini.

Bayi ditemui dalam beg
TANJUNG MALIM: “Saya tidak dapat bayangkan nasib bayi lelaki ini jika dia lewat ditemui kerana banyak anjing liar berkeliaran di sini,” kata R Retinadevi, 25, yang menemui bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan di hadapan sebuah klinik swasta di Nombor 11, Jalan Chong Ah Peng, malam kelmarin.

Menggigil lihat mayat bayi
KUALA LUMPUR: “Seluruh tubuh saya menggigil ketakutan selepas melihat kepala bayi terkeluar ketika mengangkat satu bungkusan kain yang diletakkan di dalam kotak di depan rumah,” kata Supik Satu, 44, yang terkejut selepas menemui satu mayat bayi ketika hendak membuang sampah di depan rumahnya di Jalan Hamzah, Kampung Baru, di sini, pagi semalam.

Angkara ‘binatang’
KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

KUALA LUMPUR: Didikan agama dan pengisian rohani yang kurang mantap punca utama perbuatan tidak bermoral seperti pembuangan bayi berleluasa di kalangan masyarakat, walaupun bermacam-macam saranan bagi menanganinya diketengahkan pelbagai pihak.

Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Dr Niekmah Adam, berkata tiba masanya aspek didikan agama ditekankan bermula di rumah bagi menyekat pelbagai gejala negatif termasuk zina hingga melahirkan anak luar nikah dan pembuangan bayi sebagai langkah terakhir.

Didikan agama sekat zina

“Ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ini kerana jika sejak awal lagi anak-anak tidak diterapkan nilai Islam, jiwa mereka kosong dan tentu sekali mudah terjebak perkara dilarang agama,” katanya yang mengulas gejala pembuangan bayi yang tidak berkesudahan.
source : harian metro


"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

0 000 org nk tau...:

Post a Comment

DrOp yOuR cOmMeNtS HeRe!, If HaPpY PlEaSe "LIKE"