CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

SERAM!!! Penyingkap Fakta "666"

Bersama Mazidul

sharing is caring Lily's CLICK [@ your fingers]

Status Vaksin Haji?


Assalamualaikum,

Hi, apa khabar hari ni? Saya doakan semoga kwn2 sentiasa sihat sejahtera dan segala urusan harian dipermudahkan oleh Allah s.w.t

Oh ya, kali ini saya ingin kongsikan dengan kwn2, beberapa soalan yang dihantar oleh pembaca mengenai status suntikan vaksin untuk jemaah haji. Walaupun, hampir kesemua jemaah haji kita dah kembali dari tanah suci, moga - moga sedikit penerangan ini dapat membantu anda dan bakal-bakal haji dan umrah akan datang.

Soalan 1 : Saya nak tanya perihal vaksin yang diwajibkan apabila kita pergi haji atau umrah? mcm mana statusnya?

Terima kasih kerana puan mengajukan soalan ini. Sebenarnya saya pun dalam peringkat akhir untuk menyiapkan buku tulisan mengenai "Vaksin Haji Haram: Benarkah Vaksin Meningikokal Meningitis Mengandungi Unsur Khinzir".. Insya Allah akan siap diterbitkan pada penghujung bulan ini.

Isu berkenaan vaksin haji ini saya terang dalam buku 100 muka surat tapi saya cuba ringkaskannya kali ini untuk menjawab soalan puan:

Pada tahun lepas Majelis Fatwa Indonesia telah mengeluarkan fatwa mengharamkan vaksin jenama Mencevax yang digunakan oleh banyak negara termasuk Malaysia selepas memberi status halal kepada vaksin haji terbaru jenama Menveo.

Tetapi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia setelah mendapatkan pandangan daripada Pakar di Kementerian Kesihatan Malaysia berpandangan. Status vaksin meningitis terbaru jenama Menveo adalah sama dengan vaksin Mencevax yang telah digunakan sebelum ini kerana ia dihasilkan daripada keturunan bakteria yang sama (parent seed).

Parent seed atau lebih mudah nenak moyang bakteria ini telah dihasilkan sejak tahun 1960 dalam medium pembiakan yang mengandungi zat zat daripada haiwan seperti lembu. Enzim khinzir digunakan untuk memotong zat zat makanan menjadi lebih kecil untuk menjadi makanan bakteria ini. Pada masa itu (1960) belum ada teknologi pembiakan bakteria yang bebas kandungan haiwan.

Cucu cicit bakteria inilah yang digunakan pada hari ini untuk menghasilkan vaksin meningitis dalam medium pembiakan bebas kandungan haiwan (kecuali cysteine, bahan dari bulu angsa digunakan).

Jadi Majlis Fatwa Malaysia menyimpulkan, status vaksin jenama Menveo yang dikatakan halal adalah sama seperti vaksin Mencevax yg telah digunakan dan hukumnya adalah "HARUS" iaitu boleh digunakan berdasarkan kaedah darurat.

Walaupun Malaysia mengharuskan penggunaan vaksin mencevax ni atas berdasarkan darurat. Ada beberapa kaedah fekah lain yang membolehkan penggunaan vaksin ini, kaedah ini kurang diterima di Malaysia (Mazhab Syafie) tetapi banyak digunapakai oleh negara negara Arab iaitu kaedah Istihalah (perubahan zat) dan juga Istihlak (pencairan yg tinggi). Kaedah fekah ini saya bincang lebih lanjut di dalam buku Benarkah Vaksin Haji Haram. (Insya Allah akan diterbitkan hujung bulan ni)

Soalan 2 : Bagaimana pula dengan status ibu mengandung, perlukah disuntik vaksin untuk mengerjakan umrah?

Vaksin meningitis ini tidak sepatutnya diberikan kepada Ibu Mengandung atau kepada wanita yang merancang untuk hamil kerana belum ada kajian yang membuktikan vaksin ini selamat untuk ibu mengandung, kecuali atas pertimbangan doktor dalam situasi tertentu.

Ibu mengandung tidak diberikan suntikan ini, dan pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan untuk pastikan bakal haji wanita tidak hamil, wanita hamil tidak dibenarkan pergi Haji tetapi saya tak pasti untuk umrah sama ada boleh ataupun tidak.

Saya cadangkan, puan berjumpa dengan pihak yang menguruskan pengeluaran Visa kerana syarat pengambilan vaksin ini adalah untuk pengeluaran visa haji/umrah. (Pakar kesihatan tidak menggalakkan wanita hamil mengerjakan haji/umrah, cadang menunda ke masa lain.)

Soalan 3 : Anak saya setahun 4 bulan dan tidak divaksin setelah mendapat tahu berkenaan vaksin ini sekitar 5 bulan..jadi adakah perlu dia divaksin utk berangkat ke umrah?

Vaksin meningitis didapati kurang berkesan kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah, dan vaksin meningitis jenis ACWY hanya diberikan kepada mereka yang berumur 11 tahun ke atas. Tetapi Kerajaan Arab Saudi mewajibkan mereka yang berumur 2 tahun ke atas mengambil vaksin meningitis jenis ACWY sebagai syarat untuk dapatkan visa. Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah, diwajibkan mengambil vaksin polio dan meningitis jenis A sahaja. Puan boleh rujuk dengan doktor klinik panel tabung haji untuk maklumat lebih lanjut.

Untuk Haji, Tabung Haji telah melarang kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah untuk mengerjakan haji.

Harap Sedikit Penjelasan ini dapat membantu puan, saya juga memohon izin puan untuk kongsikan Soalan dan Jawapan ini kepada pembaca pembaca dan penerima email Halal Newsletter (www.HalalScience.com) yang lain.

Al Quran Digital ?

Ada juga beberapa pembaca Halal Newsletter yang bertanya mengenai kebanjiran produk-produk Al Quran Digital yang banyak di jual di pasaran pada hari ni. Perlukah umat Islam memlilikinya? Bagaimana jika terdapat kesilapan dalam Al Quran Digital tersebut, adakah ia boleh merosakkan akidah umat Islam?

Belajar mengaji Al Quran melalui atau berhadapan terus dengan Guru ataupun Ustaz adalah kaedah yang terbaik, dan Al Quran Digital ini bukanlah untuk menggantikan peranan Guru Mengaji tetapi ia adalah pelengkap untuk pembelajaran dan teknologi ini seharusnya kita gunakan secara positif untuk bantu pembacaan kita, dengan membandingkan bacaan dengan Qari atau membaca sambil mendengar bacaan yang betul.

Sesiapa yang telah memiliki Pen Digital Al Quran, atau merancang untuk membelinya bolehlah merujuk beberapa Tips Memilih Pen Al Quran Digital di http://www.halalscience.com

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Insya Allah dalam Halal Newsletter Isu 2 yang akan datang, saya akan kongsikan dengan anda 10 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Semasa Berjumpa Dengan Doktor atau Ahli Farmasi.
"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

0 000 org nk tau...:

Post a Comment

DrOp yOuR cOmMeNtS HeRe!, If HaPpY PlEaSe "LIKE"

There was an error in this gadget