CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

SERAM!!! Penyingkap Fakta "666"

Bersama Mazidul

sharing is caring Lily's CLICK [@ your fingers]

Today's featured picture



Two Common Blue Damselflies (Enallagma cyathigerum) mating. The male clasps the female by her neck while she bends her body around to his reproductive organs; this is called a mating wheel. This damselfly species is found throughout Europe. The male is similar in appearance to the Azure Damselfly.
Photo: L. B. Tettenborn









"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Pesanan Imam Ghazali

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri








"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Tidur Mengikut Sunnah: Bukti dengan Penemuan Sains



Oleh Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.” Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,’ Psychiatric Times, March 1998) Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 – $150 billion setahun.

(Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’) Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function) Tidur Dan Kerihatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: “Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: “Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur.” (Bukhari-Muslim) Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri. Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.” Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News: ‘Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,’ from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’ Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa

Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: “Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: “Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s') Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: “Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmuzi) “Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim) Berkata ‘Abbad ibn Tamim: “Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)

Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau

2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.

(Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care’) Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan. Wassalam.

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن…
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-



Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata: “Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi) Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)


Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata: Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara…

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.


Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.


Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.


Rujukan: Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.













"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

THE WOMAN IN BLACK



Release Date: 01 March 2012
Language: English
Subtitle: Info Not Available
Genre: Horror
Running Time: 1 Hour 36 Minutes
Director: James Watkins
Cast: Daniel Radcliffe, Ciaran Hinds, Liz White

Synopsis: Based on the 1983 Susan Hill novel of the same name, this supernatural thriller tells the tale of Arthur Kipps (Daniel Radcliffe), a lawyer who is forced to leave his young son and travel to a remote village to attend to the affairs of the recently deceased owner of Eel Marsh House. Working alone in the old mansion, Kipps begins to uncover the town's tragic and tortured secrets and his fears escalate when he discovers that local children have been dying under mysterious circumstances. When those closest to him become threatened by the vengeful woman in black, Kipps must find a way to break the cycle of terror.

(Source: CINEMA ONLINE)













"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

THIS MEANS WAR


Release Date: 23 February 2012
Language: English
Subtitle: Malay / Chinese
Genre: Action / Comedy / Romance
Running Time: 1 Hour 38 Minutes
Director: McG
Cast: Tom Hardy, Reese Witherspoon and Chris Pine

Synopsis: Two of the world's top secret agents are best friends who never let anything come between them -- until they inadvertently fall for the same woman. It's all-out war between them, as the two spies battle each other with high-tech surveillance, advanced tactics, and an arsenal capable of bringing down a small country. At the same time, she struggles with the difficult task of choosing between two very different, but equally attractive romantic propositions.

(Source: 20TH CENTURY FOX)





"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Picture of the day



Two specimens of Pectinaria koreni (a species of the ice cream cone worm polychaete). These worms build sand tubes that roughly resemble ice cream cones hence its name. The upper one is ensconced within its tube, and the lower one is the worm. In both pictured worms, the head is to the right.






"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Picture of the day



A 360° fog bow, an optical phenomenon similar to a rainbow that occurs when a spectrum of light appears due to the Sun's rays shining through fog. Because of the very small size of water droplets that cause fog—smaller than 0.05 mm (0.0020 in)—fog bows have only very weak colors, with a red outer edge and bluish inner. In many cases when the droplets are very small, fog bows may appear white, in which case they are known as "white rainbows".

Photo: Mila Zinkova








"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Today's featured picture



The Pine Siskin (Carduelis pinus) is a finch native to northern North America. The plumage is drab, being brown on the upperparts and pale on the underparts, with heavy streaking throughout. They have yellow patches in their wings and tail, which are not always visible. They grow to 11–14 cm (4.3–5.5 in) in length and typically weigh 12–18 g (0.4–0.6 oz).






"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Today's featured picture



Photonastic movement of Oxalis triangularis
Play video


Time-lapse video of the nastic movements of an Oxalis triangularis plant. The leaves open and close in response to varying light levels with the result that they are open during the day and close at night. This is true movement (i.e. not growth) and is non-directional with respect to the stimulus.
Video: Richard Wheeler













"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Sihir???

Pesanan Dari Kawan Untukku....


Assalamualaikum,

Hai, apa khabar Lily hari ini? Terasa cepat sangat masa berlalu, sedar tak sedar dah sampai ke hari jumaat penghujung minggu. Saya doakan semoga minggu ini menjadi minggu yang bermakna buat Lily kerana banyak urusan yang telah diselesaikan ;).

Kebelakangan ini saya banyak menerima email dan pertanyaan daripada pembaca halalnewsletter dan blog halalscience.com. Banyak pertanyaan mengenai cara mengubati penyakit akibat Sihir, perubatan "Islam" dengan kaedah yang mencurigakan seperti menggunakan tangkal Emas Putih, keris, buah limau, ayam hitam dan pelbagai cara lagi.

Walaupun saya kurang arif mengenai penyakit-penyakit akibat perbuatan sihir, tapi Insya Allah saya cuba kongsikan denganLily apa yang saya tahu semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda. Dari sudut Perubatan Moden, kebanyakan penyakit yang dikatakan akibat sihir adalah penyakit berkaitan masalah psikologi seperti gangguan mental ataupun skizoprenia. Penyebabnya? Ada yang memang disebabkan oleh genetik penyakit keturunan, trauma dan juga jangkitan di bahagian cecair saraf tunjang (tulang belakang dan selaput otak).

Biasanya penyakit ini agak sukar untuk sembuh sepenuhnya tetapi gejalanya dapat dikawal dengan ubat-ubatan psikotropik. Mungkin disebabkan penyakit ini tidak dapat dirawat sebaiknya di Hospital, ramai yang beralih kepada peubatan alternatif, tradisional, ataupun ramai yang suka menggunakan istilah 'perubatan Islam'.

Ramai yang pergi berjumpa dengan perawat 'Islam' ataupun ustaz, diawal rawatan biasanya perawat akan melakukan 'scan' dan selalunya berkata: "Awak ni terkena sihir".

Sesetengah orang tidak percaya bahawa Rasulullah s.a.w sendiri pernah terkena atau diserang sihir, kerana mereka menganggap ia menunjukkan kekurangan dan cacat bagi baginda. Padahal masalah sebenarnya tidaklah seperti yang mereka fikirkan. Sihir sama seperti perkara-pekara lain yang pernah menimpa Rasulullah seperti penyakit, rasa sakit, dan cara kerja atau bagaimana sihir bertindak sama juga seperti racun.

Ada riwayat menceritakan, bahawa ketika Rasulullah s.a.w terkena sihir, baginda mengalami khayalan seolah-olah baginda melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya. Kalangan ini berpendapat puncanya adalah daripada bahan di dalam darah yang telah menyerang otak baginda. Sama seperti penyakit lain, terkena sihir ini sama sekali tidak mencacatkan atau menjejaskan nilai kerasulan baginda.

Berubat dengan doa - Doa adalah salah satu kaedah rawatan yang terhebat. Ini kerana penyempuhan hanya datang daripada Allah s.w.t. Namun tidak semua doa dikabulkanNya. Syarat doa dikabulkan adalah doa yang dilakukan dengan tulus dan disertai dengan rasa takut akan dosa dan kelemahan adalam amal ibadah.

Bagi orang-orang yang Soleh, kekuatan atau kelebihan doa dari mereka untuk menyembuhkan penyakit bukanlah sesuatu yang aneh. Mereka berdoa untuk penyembuhan, pada masa yang sama pesakit bersabar dengan ujian penyakit yang menimpa. Sebab itu biasanya, bila kita sakit mintalah orang Soleh mendoakan untuk kesihatan kita. Ini kerana mereka dekat dan dikasihi oleh Allah s.w.t,

Allah s.w.t juga menyebut berulang kali di dalam Al-Quran mengeni sifat sabar:

"Berikan berita gembira kepada orang yang sabar".. Kegembiraan apa yang diterima mereka yang sabar? Allah s.w.t berjanji orang yang sabar akan mendapat pertolongannya bagi segala kesukaran yang dihadapi termasuk disembuhkan penyakit.

Pendapat Peribadi saya, Perubatan Moden di Hospital Klinik juga adalah 'Perubatan Islam' selagi ia tidak bercanggah dan tidak mengandungi bahan haram begitulah juga dengan Perawatan oleh Ustaz juga adalah 'Perubatan Islam' selagi ia tidak bertentangkan dengan syarak dan tidak membawa kepada syirik. Nauzubillah. Jauhilah amalan-amalan perubatan yang meragukan dan menyimpang dari ajaran Islam.

"Semua Penyakit Ada Ubatnya. Apabila ubat yang tepat mengenai penyakitnya, maka sembuhlah ia dengan izin Allah"

"Ya Allah, kami memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan kami berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah kami dan lindungi kami dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"..

Semoga sedikit informasi ini dapat menjadi panduan kita bersama.








"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Today's featured picture


The common collared lizard (Crotaphytus collaris) is a North American lizard well known for its ability to run on its hind legs. Its length, including the tail, can reach up to 12 inches (30 cm). Its name reflects its distinct coloration, which includes bands of black around the neck and shoulders that resemble a collar.
Photo: Daniel Schwen













"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Columnea Consanguinea



that Columnea consanguinea (pictured) have translucent red heart-shaped markings on their leaves to attract hummingbirds?






"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Today's featured picture



A female Calliope Hummingbird (Stellula calliope), the smallest bird found in Canada and the United States, feeding insects to chicks. Found mostly in western North America (although vagrants have been found in New York and Connecticut), it is migratory and winters in southwestern Mexico.
Photo: Wolfgang Wander





"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Surat dari seorang kwn utk ku...

FROM:

* Abd Rahman B

TO:

* Lily



Assalamualaikum,

Apa khabar Lily hari ini? Saya doakan semoga Lily sentiasa sihat dan semua urusan harian Lily dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Sejak saya lahir hinggalah hari ini, di bandar mahupun desa, di Sabah mahupun di Kuala Lumpur, tidak kira yang muda, yang tua, miskin atau kaya, semuanya beramai-ramai meraikan hari lahir Rasulullah s.a.w junjungan kita, bermacam-macam lah acara dan caranya.

Ada yang berarak sambil berselawat, ada yang adakan nyanyian nasyid memuji kemuliaan dan kelahiran Rasulullah. Yang seronok masa saya sekolah menengah dulu, ada pertandingan membuat sepanduk untuk dibawa berarak. Di masjid-masjid pula banyak ceramah tentang peribadi Rasulullah sebagai pemimpin yang berwibawa, suami yang penyayang dan sebagai ayah yang pengasih, semuanya boleh dijadikan teladan.

Ada satu cerita lain pula kisahnya. Mungkin anda pernah mendengar cerita ini dalam ceramah ustaz-ustaz di masjid, anggaplah saja sebagai satu ulangkaji dengar semula ya ;).

Ada sepasang suami isteri selepas penat berarak, terus pergi ke masjid mendengar ceramah Maulidurrasul. Bukan main khusyuk mereka mendengar kisah-kisah Rasulullah. Air mukanya penuh keinsafan hendak mencontohi semua kebaikan Rasulullah,

Habis saja ceramah, sampai di rumah si suami pun meminta isterinya buatkan air teh. Isteri yang penuh taat, buatkan air. Sambil membuat air si isteri memikirkan apa yang hendak di masak hari itu, tanpa disedari si isteri terbubuh garam yang disangkanya gula ke dalam air teh.

Si suami pun minumlah. Apalagi, tersedaklah kerana masin. Sepantas kilat gelas itu dicampakkan ke arah isterinya. Terkena dahinya dan darah pun mengalir keluar.. Hari Maulidurrasul menjadi sejarah hitam si isteri.. DI manakah sifat lemah lembut dan penyayang seperti Nabi yang baru saja di dengar dalam ceramah di masjid?

Mengapa tidak ambil iktibar dari cerita bagaimana Saidatina Aisyah tersilap meletak garam dalam minuman Rasulullah..

Rasulullah hanya tersenyum apabila merasa air yang dihidangkan oleh Aisyah terasa masin menyebabkan Aisyah merasa hairan lalu bertanya mengapa Baginda tersenyum?

Kata Rasulullah, baginda teringin minum secawan dengan Aisyah seperti masa baru-baru kahwin dulu. Minum bersama satu cawan tanda sayang, kata baginda. Aisyah pun minumlah baki minuman Rasulullah itu. Terkejut Aisyah kerana minuman itu masin. Aisyah segera memohon maaf kerana ketidaksegajaannya itu.

Lihatlah betapa lemah lembut dan penuh kasih sayang baginda menegur isteri secara berhikmah. Dari cerita ini, marilah kita bersama renungkan adakah Maulidur Rasul hanya sebuah perayaan. Habis perayaan terus dilupakan, tiadapun yang dapat meningkatkan keimanan kita. Saya doakan semoga, semua ajaran Rasulullah dapat dibawa dan dihayati di kehidupan saya dan juga Lily.

Apa Salahnya Redha ? Kalau selama ini kita sudah puas merasi nikmat masakan isteri, apa salahnya sekali kita redha menerima kekurangan dan kecuaian Isteri. Semoga cerita ini dapat menjadi pedoman kita dalam menjalani hidup singkat ini yang tak tahu bila tamatnya.

Harap perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat dan boleh dikongsi bersama.

Wassalam,











"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

The Flower Book, album Edward Burne-Jones

that The Flower Book, an album of watercolors by Edward Burne-Jones (example pictured), does not contain any paintings of flowers?









"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Today's featured picture


The Peacock flounder (Bothus mancus) is a species of lefteye flounder found widely in relatively shallow waters in the Indo-Pacific. This photomontage shows four separate views of the same fish, each several minutes apart, starting from the top left. Over the course of the photos, the fish changes its colors to match its new surroundings, and then finally (bottom right) buries itself in the sand, leaving only the eyes protruding.
Photo: Mila Zinkova






"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Today's featured picture



The Common Brushtail Possum (Trichosurus vulpecula) is the largest possum species and is perhaps the most widespread mammal in Australia. It grows to about 32–58 cm (13–23 in) in length, with an additional 24–40 cm (9–16 in) for its prehensile tail (seen here hanging below the branch). It is mainly a folivore, but has been known to eat small mammals such as rats. It is common in cities, having adapted well to human habitation.
Photo: JJ Harrison









"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Vaksin HPV dan Hepatitis B

Ramai pembaca yang menghantar email bertanyakan tentang status halal vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang diberikan kepada pelajar-pelajar perempuan bagi tujuan mencegah kanser serviks.

Hasil perbincangan Majlis Fatwa dengan Pakar Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Fatwa telah menyimpulkan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudharatan, oleh itu wanita muslim boleh menganbil suntikan vaksin ini untuk mencegah penyakit kanser pangkal rahim.

Mengenai pengambilan suntikan Hepatitis B pula, Majlis Fatwa membolehkan pengambilan vaksin Hepatitis B yang dihasilkan daripada 'yeast' ataupun ragi. Ada dua jenis vaksin Hepatitis B, iaitu satu yang dihasilkan daripada Plasma Darah dan satu lagi dihasilkan daripada "Yeast" yang digunakan dalam program imunisasi di Malaysia.

Vaksin Hepatitis B ini biasanya diberikan kepada 3 golongan iaitu kepada bayi yang baru lahir, pekerja perubatan dan kesihatan dan juga penagih-penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan.

Jadi, jika anda ataupun anak anda mengambil suntikan ini, berbincanglah dengan jururawat ataupun doktor mengenai jenis vaksin yang digunakan.

Insya Allah, jika Lily berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
vaksin-vaksin ini, saya akan kongsikan di dalam email yang akan datang.

"Bertanyalah kepada doktor anda, anda berhak untuk TAHU"

Semoga Allah memberkati kita dengan Kesihatan dan Kesabaran.

Bertemu lagi dalam email akan datang.

Salam hormat,












"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Ringkasan Sirah Rasullullah SAW - Maulidul Rasull

Assalamualaikum wbkt.

Segala puji bagi Allah SWT pencipta langit dan bumi, pencipta cahaya dan kegelapan, yang mengumpulkan para makhluk di hari perhitungan, hari kemenangan bagi orang yang berbuat baik dan kesengsaraan bagi ahli maksiat. Aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar selain Allah tiada sekutu baginya, dengan persaksian yang bisa membawa kepada kebahagiaan di hari kiamat. Semoga shalawat dan salam selalu tercurah kepada Nabi Muhammad SAW pemimpin para nabi dan rasul, keluarga dan para sahabatnya yang mulia. Amma ba’du, ini adalah ringkasan dari sejarah Rasulullah Muhammad SAW yang penting untuk diketahui oleh setiap muslim. Harapan kami, semoga ia bermanfaat untuk para pembaca.

Nasab Rasulullah SAW

Beliau adalah Abu al-Qasim Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutthalib bin Hasyim bin Abdimanaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaima bin Mudrikah bin Ilyas bin bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan bin Udad bin al-Muqawwam bin Nahur bin Tayrah bin Ya’rub bin Yasyjub bin Nabit bin Ismail bin Ibrahim “Kekasih Allah” (alaihima as-salam) bin Tarih atau Azar bin Nahur bin Saru’ bin Ra’u bin Falikh bin Aybir bin Syalikh bin bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh (alaihis salam) bin Lamk bin Mutusyalkh bin Akhnukh –yaitu Nabi Idris keturunan Nabi Adam yang pertama menjadi nabi dan yang menulis dengan pena– bin Yarda bin Mahlil bin Qinan bin Yanish bin Syits bin Adam alaihissalam.

Nasab ini disebutkan oleh Muhammad bin Ishak bin Yasar al-Madani di salah satu riwayatnya. Nasab Rasulullah sampai Adnan disepakati oleh para ulama, sedangkan setelah Adnan terjadi perbedaan pendapat. Yang dimaksud Quraisy adalah putra Fihr bin Malik atau an-Nadhr bin Kinanah.

Ibu Rasulullah SAW.

Ibunya adalah Aminah binti Wahb bin Abdimanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin Ghalib.

Kelahiran Rasulullah saw.

Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun Gajah bulan Rabiul Awal, tanggal dua, hari Senin. Sebagian ulama mengatakan bahwa beliau dilahirkan setelah tiga puluh tahun dari tahun gajah. Sebagian lagi mengatakan setelah empat puluh tahun dari tahun gajah. Pendapat yang benar adalah pada tahun gajah.

Kematian Ayah, Ibu, dan Datuknya

Ayahnya meninggal dunia ketika ia berusia dua puluh lapan bulan. Menurut sebahagian ulama usianya tujuh bulan ketika ayahnya meninggal. Ada lagi yang berpendapat bahwa ayahnya meninggal di perkampungan an-Nabighah ketika ia masih janin. Dan dikatakan pula bahwa ayahnya wafat di daerah Abwa yang terletak antara Makkah dan Madinah.
Abu Abdillah Zubair bin Bakkar az-Zubairi berkata: Abdullah bin Abdul Mutthalib wafat di Madinah ketika Muhammad berusia dua bulan.
Sedangkan ibunya meninggal dunia ketika ia berusia empat tahun. Sementara datukya meninggal dunia ketika usia Muhammad lapan tahun. Dikatakan pula bahawa ibunya wafat ketika ia berusia enam tahun.

Penyusuan Muhammad Rasulullah SAW

Nabi Muhammmad SAW disusui oleh Tsuwaibah budak Abu Lahab bersama dengan penyusuan Hamzah bin Abdul Mutthalib dan Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad al-Makhzumi dengan air susu anaknya yang bernama Masruh. Kemudian Muhammad SAW disusui oleh Halimah binti Abi Dzuaib as-Sa’diyah.

Nama-nama Rasulullah SAW

Jubair bin Mut’im berkata, Rasulullah SAW bersabda:
‘Saya adalah Muhammad, saya adalah Ahmad, saya adalah al-Mahi yang dengan sebabku Allah SWT menghapus kekufuran, saya adalah al-Hasyir yang mengumpulkan manusia, saya adalah al-A’qib yang tidak ada nabi lagi setelahku’. (Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)Abu Musa Abdullah bin Qais berkata: “Rasulullah SAW memberikan dirinya beberapa nama di antaranya ada yang kami hafal. Beliau mengatakan: ‘Saya Muhammad, saya Ahmad, saya al-Muqaffi, saya Nabi taubat dan Nabi rahmat.’ Dalam riwayat lain: ‘dan Nabi peperangan’.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim)
Jabir bin abdillah berkata, Rasulullah SAW bersabda: ‘Saya Ahmad, saya Muhammad, saya al-Hasyir (yang mengumpulkan), saya al-Mahi (yang dengan sebabku Allah SWT menghapus kekefuran), dan pada hari kiamat nanti panji kemuliaan berada di tanganku. Aku pemimpin para rasul dan pemilik syafaat mereka.”

Allah SWT memberikan nama kepadanya di dalam Al-Quran dengan nama Basyir (pembawa kabar baik), Nadzir (pembawa berita buruk), Rauf (lemah lembut), Rahim (penyayang), dan Rahmatan lilalamin (pembawa rahmat buat alam semesta). Masa kecilnya di Mekah, perjalanannya menuju Syam bersama pakciknya Abu Talib dan pernikahannya dengan Khadijah. Muhammad dalam keadaan yatim piatu diasuh oleh datukya Abdul Mutthalib kemudian oleh pakciknya Abu Talib. Allah SWT mensucikannya dari kotoran-kotoran jahiliyah dan dari semua aib. Allah SWT menganugerahkan semua sifat-sifat yang baik sehingga Beliau dikenal di kalangan kaumnya dengan julukan Al-Amin (orang yang jujur) karena amanah, kejujuran dan kesuciannya.

Ketika usianya mencapai dua belas tahun ia mengadakan perjalanan ke Syam bersama pamannya. Ketika sampai di Bushra seorang pendeta bernama Bahira melihatnya. Ia mengenalnya dengan ciri-ciri yang ada pada Muhammad SAW. Buhaira mendatangi Muhammad, mengambil tangannya dan berkata: “Inilah tuan untuk semesta alam, inilah utusan Rabb semesta alam, inilah nabi yang akan diutus untuk semesta alam.” Buhaira ditanya: “Dari mana kamu tahu hal ini?” Ia berkata: “Sesungguhnya ketika kalian datang dari Aqabah tidak ada pepohonan dan bebatuan kecuali semuanya sujud. Dan ini tidak dilakukan kecuali kepada nabi. Dan kami mendapatkan hal ini dari kitab suci kami.” Kemudian ia meminta Abu Talib untuk kembali bersamanya karena khuatir terhadap kejahatan orang-orang Yahudi kepadanya.

Kemudian Muhammad mengadakan perjalanan ke Syam yang kedua kali bersama Maysarah pembantu Khadijah RA untuk berniaga di pasar kota Bushra sebelum Khadijah dinikahi oleh Muhammad. Ketika Muhammad berusia dua puluh lima tahun, baginda menikahi Khadijah. Dan ketika usianya empat puluh tahun Allah SWT memilihnya untuk membawa risalah-Nya. Jibril mendatanginya ketika Muhammad berada di gua Hira yang terletak di sebuah gunung di Makkah. Semenjak itu jadilah Baginda sebagai Rasullullah. Beliau berdakwah di Mekah selama tiga belas tahun, menurut pendapat lain lima belas tahun atau sepuluh tahun, pendapat yang benar adalah tiga belas tahun.

Rasulullah SAW solat menghadap Baitul Maqdis selama di Makkah tanpa membelakangi Ka’bah tetapi menjadikan Ka’bah di depannya. Setelah hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW solat menghadap ke Baitul Maqdis selama tujuh belas atau enam belas bulan.
Hijrah Rasulullah SAW Rasulullah SAW hijrah ke Madinah bersama Abu Bakar as-Siddiq ra dan budaknya Amir bin Fuhairah serta seorang penunjuk jalan Abdullah bin al-Uraiqit al-Laitsi yang masih kafir. Selanjutnya Rasulullah SAW berdakwah di Madinah selama sepuluh tahun.

Wafatnya

Rasulullah SAW wafat dalam usia enam puluh tiga tahun. Ada juga pendapat yang mengatakan Beliau wafat dalam usia enam puluh lima atau enam puluh, namun pendapat pertama adalah pendapat yang benar. Rasulullah SAW wafat pada waktu dhuha hari Isnin dua belas Rabiul Awal. Pendapat lain mengatakan tanggal dua atau tanggal satu Rabiul Awal. Beliau dimakamkan pada malam Rabu. Pendapat lain mengatakan malam Selasa. Sebelum wafat, Rasullullah SAW menderita sakit selama dua belas atau empat belas hari. Rasulullah SAW dimandikan oleh Ali bin Abi Talib, pakciknya Abbas, al-Fadhl bin Abbas, Qutsam bin Abbas, Usamah bin Zaid dan Syuqran serta dihadiri pula oleh Aus bin Khaula al-Anshari. Beliau dikafani dengan tiga lapis kain putih yang dibuat di Sahul –sebuah negeri di Yaman — tanpa gamis dan serban. Kemudian kaum muslimin mensolatinya sendiri-sendiri tanpa jamaah.

Jasad Rasulullah SAW diletakkan di atas sehelai kain merah yang dipakainya untuk selimut lalu dimasukkan ke dalam kubur oleh Abbas, Ali, al-Fadhl, Qutsam dan Syuqran kemudian ditutup dengan sembilan batu. Rasulullah SAW dimakamkan di tempat Beliau wafat yaitu sekitar tempat tidurnya di kamar Aisyah ra dan di tempat itu pula dimakamkan Abu Bakar ra dan Umar ra. Putra-putri Rasulullah SAW Rasulullah SAW memilik tiga orang putra yaitu:

1. Al-Qasim, dilahirkan di Makkah sebelum Muhammad diangkat menjadi Nabi. Al-Qasim meninggal di Mekah pada usia dua tahun. Namun menurut Qatadah, Al-Qasim meninggal ketika ia sudah boleh berjalan.

2. Abdullah, dinamakan juga dengan at-Thayyib (yang baik) dan at-Thahir (yang suci) karena ia dilahirkan sesudah Islam. Ada pendapat yang mengatakan bahwa at-Thayyib dan at-Thahir ini adalah putra Rasulullah SAW yang lain, namun pendapat pertama adalah yang benar.

3. Ibrahim, dilahirkan dan wafat di Madinah tahun sepuluh hijriah pada usia tujuh belas atau lapan belas bulan. Ada pendapat yang mengatakan Rasulullah SAW memiliki putra lain yang bernama Abdul Uzza tapi pendapat ini sangat lemah karena Allah SWT telah mensucikan dan melindungi Nabi SAW dari hal demikian (penamaan anak Abdul Uzza yang berarti hamba Uzza nama salah satu berhala Quraisy-pentj.)

Putri-putri Rasulullah SAW

1. Zainab, menikah dengan Abu Al-Ash bin Rabi’ bin Abdul Uzza bin Abdul Syams sepupu Zainab, karena ibunya adalah Hala binti Khuwailid (saudara dari Khadijah binti Khuwailid). Zainab mempunyai anak bernama Ali yang meninggal waktu kecil dan Umamah yang digendong oleh Nabi SAW waktu solat dan setelah dewasa menikah dengan Ali bin Abi Talib setelah Fatimah wafat.

2. Fatimah, menikah dengan Ali bin Abi Thalib. Dari pernikahan tersebut Fatimah melahirkan Hasan, Husain, Muhassin yang meninggal waktu kecil, Ummu Kultsum yang menikah dengan Umar bin Khattab, dan Zainab yang menikah dengan Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib.

3. Ruqayyah, menikah dengan Ustman bin Affan. Meninggal di pangkuan Ustman. Ustman lalu menikahi Ummu Kultsum (adik Ruqayyah) yang juga meninggal di pangkuannya. Ruqayyah memiliki seorang putra yang bernama Abdullah sehingga Ustman dipanggil dengan kunyah Abu Abdullah.

Putri-putri Rasulullah SAW empat orang tanpa ada perbezaan pendapat ulama mengenai hal ini sedangkan putra-putranya tiga orang berdasarkan pendapat yang benar. Urutan putra-putri Rasulullah SAW adalah sebagai berikut: Al-Qasim, Zainab, Ruqayyah, fatimah, Ummu Kultsum, Abdullah, dan Ibrahim yang lahir di Madinah. Semuanya adalah putra-putri dari Khadijah kecuali Ibrahim yang lahir dari Maria Al-Qibtiyah dan semuanya meninggal sebelum Muhammad menjadi rasul kecuali Fatimah yang meninggal enam bulan setelah kematian Rasulullah SAW. Haji dan Umrah Rasulullah SAW Hammam bin Yahya meriwayatkan dari Qatadah ia berkata: Saya bertanya kepada Anas: “Berapa kali Nabi SAW melaksanakan haji?” Anas menjawab: “Satu kali dan umrah empat kali. Pertama ketika dihalangi kaum musyrikin, kedua tahun berikutnya ketika mengadakan perjanjian (Hudaibiah), ketiga umrahnya dari Ji’ranah setelah membagikan harta rampasan perang Hunain dan yang keempat umrahnya bersama haji.” (Hadits Muttafaq alaih)Kesemuanya ini setelah hijrah ke Madinah. Adapun haji dan umrah yang dilakukan Nabi SAW ketika di Makkah tidak diketahui. Dan haji yang dilakukannya adalah haji wada (perpisahan), yaitu ketika Nabi SAW menyatakan salam perpisahan kepada umatnya dan berkata: “Mungkin kalian tidak akan melihatku lagi setelah tahun ini.”

Peperangan Rasulullah SAW

Menurut pendapat masyhur yang dikatakan Muhammad bin Ishak, Abu Ma’syar, Musa bin Uqbah dan yang lainnya Rasulullah SAW mengikuti langsung dua puluh lima peperangan. Dan ada yang mengatakan dua puluh tujuh peperangan. Sedangkan jumlah pengiriman pasukan dan peperangan yang tidak diikuti Nabi SAW sekitar lima puluhan.
Di antara dua puluh lima peperangan tersebut yang terjadi pertempuran sebanyak sembilan kali yaitu di Badar, Uhud, Khandak, Bani Quraizhah, Mushthaliq, Khaibar, Fathu Makkah, Hunain dan Thaif. Ada yang mengatkan terjadi pertempuran juga di Wadil Qura, al-Ghaba dan Bani Nadhir.














"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Rock Scallop has an orange mantle and blue eyes?



... that the rock scallop (pictured) has an orange mantle and blue eyes?

Crassadoma is a genus of scallops, marine bivalve molluscs in the family Pectinidae. It is monotypic, the only species being Crassadoma gigantea, the rock scallop, giant rock scallop or purple-hinge rock scallop. Although the small juveniles are free-swimming, they soon become sessile, and are cemented to the substrate. These scallops occur in the eastern Pacific Ocean.









"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Today's featured picture



A male Dendropsophus microcephalus frog, displaying its vocal sac—membranes of skin under the throat or on the corner of the mouth that distend to amplify its call. The species lives in moist areas in most of Central America and northern South America.
Photo: Brian Gratwicke












"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Rescued dog bites NBC anchor in the face



It was supposed to be one of those feel-good segments on a local television newscast: A rescued dog. A grateful owner. The hero firefighter who pulled the dog from the ice. But that's not how it turned out.

The dog, an Argentine mastiff named Gladiator Maximus, attacked Kyle Dyer, anchorwoman at NBC's KUSA Denver affiliate, during a live, in-studio segment on Wednesday that was meant to celebrate the dog's rescue from an icy lake the day before.

Dyer was shown petting the mastiff during the segment, then kneeling on the floor to get closer, when the 85-pound pooch bit her in the face. Paramedics and animal control were called to the studio. Dyer was rushed to a Denver hospital where she had reconstructive surgery overnight. The 3-year-old dog was taken to a Denver animal shelter where it is being "quarantined."

Video of the attack, as you might imagine, has gone viral, but KUSA has been issuing take-down notices, trying to get the clip off the Internet. (The "Today" show won't even show it.)

Patti Dennis, KUSA vice president of news, said Dyer's surgery was successful, and that Dyer is expected back to work in a few weeks. "The surgeon was pleased with the outcome," Dennis said. "Kyle says she wants everyone to know she is OK and is concerned about the viewers who were watching the incident live on TV."

"Several people interacted with the dog [prior to the segment] and everything seemed fine," Dennis said. "Then at the last moment, the dog had behavior that nobody predicted or understood. Clearly we learned something."

Dyer is known for a weekly segment--"Kyle's Kritters"--that showcases animals from the Denver Zoo.

Michael Robinson, Max's owner, has been cited by Denver Animal Control for a "leash-law"" violation ("because the owner did not have control of the dog at all times"), for allowing a dog to bite and for not having the dog properly vaccinated.

But animal experts say it was Dyer who was really at fault.

"The dog was trying to tell her, 'I am going to bite you,'" Colleen Safford, a prominent New York-based dog trainer, told Yahoo News. "Dogs 'talk' to us with their body with each and every interaction. This dog was repeatedly 'telling' the anchor that she was making him uncomfortable and if she didn't stop, he would bite."

"Basically, she did everything wrong," Ron Berman, a canine behavior specialist, told NBC. "She went up to a dog she didn't know--who didn't know her--and she either tried to kiss him or hug him or put her face too close to his face. He felt threatened and bit her."

Max is expected to be released to Robinson after a 10-day evaluation. Robinson is due in court April 4.

"The dog bite accident that happened today was unfortunate and certainly not expected based on what we knew about the dog and his owner," Dennis said in a separate statement. "Our goal was to unite the owner with the rescuer for a nice segment. We are all thinking of Kyle and her recovery. We love Kyle and what she and her family do for this community. We also love animals and will continue to do all we can to use 9NEWS to improve animal welfare in Colorado."

Dennis said the station is now reviewing its guidelines concerning animals in the studio.






"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Gajah Putih



"... bahawa Gajah Putih sebenarnya berwarna coklat lembut kemerahan?"

Gajah putih (atau gajah albino) adalah sejenis gajah langka, walaupun bukan spesies yang berbeza. Meskipun sering digambarkan sebagai berwarna putih salji, kulit ia sebenarnya biasanya berwarna coklat lembut kemerahan yang berubah menjadi warna merah muda apabila basah. Ia memiliki bulu mata dan kuku yang lentik.

Gajah putih hanya putih hanya pada nama dan tidak berwarna putih pada hakikatnya. Berdasarkan gajah-gajah yang disimpan oleh penguasa Myanmar (bangsa Burma) buat masa ini, iaitu Jeneral Than Shwe yang menganggap diri beliau sebagai pewaris sah dari takhta raja-raja Burma, terdapat seekor gajah yang berwarna kelabu dan tiga ekor yang lainnya berwarna merah muda, akan tetapi secara rasmi disebut "putih". Raja Thailand juga menyimpan sejumlah gajah putih. Pada masa ini tidak ada gajah putih di Laos , atau di Kemboja, tapi mantan Timbalan Presiden AS Spiro Agnew pernah menghadiahkan seekor gajah putih kepada Raja Norodom Sihanouk dari Kemboja.





"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Keris 13 Luk













"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Today's featured picture


Tangga gerak ialah sejenis peranti pengangkutan penyampai yang mengangkat penumpangnya dari tingkat ke tingkat dalam sesebuah bangunan. Alat ini terdiri daripada serantaian anak tangga pacuan motor yang bergerak ke atas atau bawah dalam satu landasan, sementara mata tangga kekal mendatar.







"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

Today's featured picture




A panoramic view of Brandenburg an der Havel, a town in the state of Brandenburg, Germany, located on the banks of the River Havel. The town was founded by the Hevelli, a tribe of Polabian Slavs, in the 8th century, and changed hands between Germans and Slavs several times. Development was restricted to the western bank of the Havel until 1196, when it was extended to the eastern side, although the two portions were regarded as separate towns until 1715.
Photo: Mathias Krumbholz











"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!