CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

SERAM!!! Penyingkap Fakta "666"

Bersama Mazidul

sharing is caring Lily's CLICK [@ your fingers]

Surat dari seorang kwn utk ku...

FROM:

* Abd Rahman B

TO:

* Lily



Assalamualaikum,

Apa khabar Lily hari ini? Saya doakan semoga Lily sentiasa sihat dan semua urusan harian Lily dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Sejak saya lahir hinggalah hari ini, di bandar mahupun desa, di Sabah mahupun di Kuala Lumpur, tidak kira yang muda, yang tua, miskin atau kaya, semuanya beramai-ramai meraikan hari lahir Rasulullah s.a.w junjungan kita, bermacam-macam lah acara dan caranya.

Ada yang berarak sambil berselawat, ada yang adakan nyanyian nasyid memuji kemuliaan dan kelahiran Rasulullah. Yang seronok masa saya sekolah menengah dulu, ada pertandingan membuat sepanduk untuk dibawa berarak. Di masjid-masjid pula banyak ceramah tentang peribadi Rasulullah sebagai pemimpin yang berwibawa, suami yang penyayang dan sebagai ayah yang pengasih, semuanya boleh dijadikan teladan.

Ada satu cerita lain pula kisahnya. Mungkin anda pernah mendengar cerita ini dalam ceramah ustaz-ustaz di masjid, anggaplah saja sebagai satu ulangkaji dengar semula ya ;).

Ada sepasang suami isteri selepas penat berarak, terus pergi ke masjid mendengar ceramah Maulidurrasul. Bukan main khusyuk mereka mendengar kisah-kisah Rasulullah. Air mukanya penuh keinsafan hendak mencontohi semua kebaikan Rasulullah,

Habis saja ceramah, sampai di rumah si suami pun meminta isterinya buatkan air teh. Isteri yang penuh taat, buatkan air. Sambil membuat air si isteri memikirkan apa yang hendak di masak hari itu, tanpa disedari si isteri terbubuh garam yang disangkanya gula ke dalam air teh.

Si suami pun minumlah. Apalagi, tersedaklah kerana masin. Sepantas kilat gelas itu dicampakkan ke arah isterinya. Terkena dahinya dan darah pun mengalir keluar.. Hari Maulidurrasul menjadi sejarah hitam si isteri.. DI manakah sifat lemah lembut dan penyayang seperti Nabi yang baru saja di dengar dalam ceramah di masjid?

Mengapa tidak ambil iktibar dari cerita bagaimana Saidatina Aisyah tersilap meletak garam dalam minuman Rasulullah..

Rasulullah hanya tersenyum apabila merasa air yang dihidangkan oleh Aisyah terasa masin menyebabkan Aisyah merasa hairan lalu bertanya mengapa Baginda tersenyum?

Kata Rasulullah, baginda teringin minum secawan dengan Aisyah seperti masa baru-baru kahwin dulu. Minum bersama satu cawan tanda sayang, kata baginda. Aisyah pun minumlah baki minuman Rasulullah itu. Terkejut Aisyah kerana minuman itu masin. Aisyah segera memohon maaf kerana ketidaksegajaannya itu.

Lihatlah betapa lemah lembut dan penuh kasih sayang baginda menegur isteri secara berhikmah. Dari cerita ini, marilah kita bersama renungkan adakah Maulidur Rasul hanya sebuah perayaan. Habis perayaan terus dilupakan, tiadapun yang dapat meningkatkan keimanan kita. Saya doakan semoga, semua ajaran Rasulullah dapat dibawa dan dihayati di kehidupan saya dan juga Lily.

Apa Salahnya Redha ? Kalau selama ini kita sudah puas merasi nikmat masakan isteri, apa salahnya sekali kita redha menerima kekurangan dan kecuaian Isteri. Semoga cerita ini dapat menjadi pedoman kita dalam menjalani hidup singkat ini yang tak tahu bila tamatnya.

Harap perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat dan boleh dikongsi bersama.

Wassalam,











"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

2 comments:

DrOp yOuR cOmMeNtS HeRe!, If HaPpY PlEaSe "LIKE"

There was an error in this gadget