CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

SERAM!!! Penyingkap Fakta "666"

Bersama Mazidul

sharing is caring Lily's CLICK [@ your fingers]

"Katak dibawah Tempurung"

"Katak dibawah Tempurung"
by Hasbullah Ahmad on Wednesday, April 27, 2011 at 5:12pm

Katak dibawah tempurung Peri bahasa Clasik Melayu ini mudah sangat untuk difahamkan maksudnya.Apakata hari ini kita sama-sama membelah tilik peribahasa ini agar lebih moden serta ada ciri-ciri globalisasi.Dan bolehlah dijamah dari sudut fikiran agar dan harapnya terbuka pintu sedaran walau hanya sehalus lubang kesan cucukan jarum. Maklum sajalah sekarang ini sesuatu yang tidak moden "ditandanama" sebagai tidak bertemadun atau bahasa ringgannya ketinggalan zaman.

Secara harpiahnya katak dibawah tempung terjemahan syarahnya keekor mahupun sekawan katak yang menetap didalam tempurung kelapa itulah adanya.

Kalau ditafsirkan dalam fikiran akliahnya pula, adalah kehidupan seseorang mahupun sebuah masyarakat yang tiada kaitan dengan dunia luar baik tidak sengaja ataupun disengajakan apatahlagi disusunatur supaya jadi sebegitu. Cara gaya ini telah merangkumi hampir keseluruhan kehidupan termasuklah cara berfikir.

Dikala ini tempurung yang "merangkum lengkar" ini lebih bersifat halimunan yang halusiah "super micro/Anokuman" hingga boleh membutakan bukan sahaja biji mata zahir malah mata hati jesteru angan-angan juga semakin terarah oleh kerangka halimunan ini.

Lingkungan halimunan yang bertindih lapis malah bersifat anjal dan kenyal ini sangat ampuh untuk ditembusi kerana setiap lapisan saling berkaitan walaupun pada Ideanya ia berpisah dan bertentangan antara satu sama lainnya.

Umpama mudah secawan air teh gula atau teh susu yang membezakanya adalah gula atau susu tidak kiralah susu asali adapun susu sawit, namun teh tetap memenuhi cawan tersebut.

Persoalanya adakah kita tahu didalam tempurung manakah kita berada sekarang ini...baik dengan rela mahupun dipaksa..

Aku Maafkan Kamu

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

continue













"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

0 000 org nk tau...:

Post a Comment

DrOp yOuR cOmMeNtS HeRe!, If HaPpY PlEaSe "LIKE"

There was an error in this gadget