Bahan-bahan:
500 gm ikan merah atau jenahak – ambil isi dan potong setebal 2 sm
100 gm cili kering - kisar
100 gm bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
50 gm serai - kisar
Sedikit lengkuas - kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 keping asam gelugur
1 biji kelapa – ambil santan sahaja
2 biji mangga muda – potong memanjang sebanyak 6 keping
1 helai daun kunyit – hiris kasar
Garam secukup rasa
Minyak secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Cuci ikan bersama garam dan ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk.
3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan pula santan, serbuk kunyit dan asam gelugur.
5. Masakkan sehingga santan mendidih. Tapi pastikan jangan sampai pecah santan.
6. Masukkan ikan, daun kunyit dan garam.
7. Kacau seketika dan masukkan pula hirisan mangga muda.
8. Biarkan ia mendidih selama 10 minit.
9. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi.
0 000 org nk tau...:
Post a Comment
DrOp yOuR cOmMeNtS HeRe!, If HaPpY PlEaSe "LIKE"