CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

SERAM!!! Penyingkap Fakta "666"

Bersama Mazidul

sharing is caring Lily's CLICK [@ your fingers]

Org Menangis kerana takutkan Allah! Jauh Neraka!


Dalam kitab Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah Al-Jatsiyah: ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api, demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka terpadamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”
Selesai sudah kisah tauladan yang aku ingin kongsikan. Bagaimana? Apabila korang baca kisah ni, ada tak dalam hati korang berdegup sebentar, kemudian mata mula berair, diikuti dengan rasa terharu dan insaf? Jika tiada perasaan sedemikian, kemungkinan hati korang tu sudah gelap dari sinaran cahaya iman. Dari pengalaman aku membaca kisah-kisah tauladan, kisah Nabi dan pelbagai kisah yang sebegini, aku pasti akan terasa degupan kencang dalam hati dan kadangkala sehingga aku menangis sendiri.
Aku bukan insan yang berperwatakan baik dalam dunia ini, namun sekurang-kurangnya aku ingin berbakti kepada manusia dengan berkongsi ilmu dan kisah yang baik untuk kita sama-sama memperbaiki diri. Inilah saham akhirat yang dapat dikumpul apabila kematian menjemput sesuai dengan sabda nabi di bawah.
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat.” – Rasulullah S.A.W.




"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

0 000 org nk tau...:

Post a Comment

DrOp yOuR cOmMeNtS HeRe!, If HaPpY PlEaSe "LIKE"