by Hasbullah Ahmad on Thursday, April 28, 2011 at 9:54am
Apabila disebut cakap kreatif rata-rata orang kita, orang Melayu tak kiralah Melayu Palembang mahupun Melayu keturunan Champa membayangkan sesuatu terhasil daripada kebolehan seseorang invividu hasilnya pula pasti indah,ringkas serta sukar untuk di tiru salin oleh individu atau Melayu lainnya. Secara tidak langsung tidak ramailah orang Melayu mahu baik secara betul-betul atau main-main untuk berkreatif mungkin takut hasilan tidak indah, tidak ringkas serta senang ditiru-tiru. Kalau di Jepun Kreatif tidak dianggap kebolehan keistimewaan seseorang individu tetapi hasil daripada idea kolektif sekumpulan pemikiran akhirnya setiap orang berpeluang untuk berkreatif.Walaupun dengan cara ini pasti ada kebaikan dan kekurangan berbanding hasil daripada seorang individu sahaja tetapi Jepun berjaya menghasilkan individu yang tidak takut untuk mengeluarkan idea yang dianggap kreatif. Kita! orang Melayu kenapa takut untuk berkreatif.
Pada pandangan saya yang berkemungkinan ini, salah atau betulnya adalah kerana beberapa perkara. Pertama kerana perkataan Kreatif bukan perkataan hasilan dari bahasa dan adat budaya Melayu. Kita memamah perkataan ini dari bahasa dan adat budaya perkataan itu sendiri tanpa di Melayuwisasikan terlebih dahulu. Perkataan Kreatif ini hadir bersama pakej budayanya iaitu idea pratik Teori Egoisme. (semua orang adalah atau perlukan bersikap pentingkan diri sendiri)...
Perkataan Kreatif seharusnya di Melayuwisasikan, supaya ia menepati serta sesucuk dalam kehidupan adat Melayu seperti pinang dibelah dua.Janganlah kita memamah perkataan itu dengan kulit-kulitnya sekali. Persoalannya bagaimanakah perkataan Kreatif ini nak disunatkan? Atau masuk Melayu perkataan kreatif itu.
Ianya tidak semudah angan-angan Mat Jenin, Namun jika tidak dimulakan sampai kiamatpun tidak akan jadi.Mari kita cuba sama-sama, yang buruk kita baiki, yang baik kita molekkan lagi hendaknya.
Kita cuba dengan peribahasa "Seperti Kera Dapat Bunga"pada rasional akal (hukum akal) dari pengalaman mata,melihat tingkah kera dan bunga tidak ada moleknya, hanya sekadar mencuit hati untuk tersenyum pada kelakuan kera dan bunga itu."cium,makan,cabut,buang" perbuatan ini diulang-ulang, sehingga bunga sudah tidak berupa bunga lagi, tetapi kera semakin bersifat kekeraan.
Jesteru itu jangan melihat perbuatan itu hanya pada mata zahir sahaja gunakan sedikit renungan mata hati agar akal akan berIntuisi (cetusan gerak hati). Perbuatan kera itu jika dicari/harus dicari baiknya...
Perbuatan berulang-ulang kera mencabut,mencium, Sama erti dengan lagi dan lagi dan lagi atau mudahnya latih tubi atau cuba-cuba.Sekiranya sifat latih tubi atau cuba-cuba itu dilakukan oleh manusia tidakkah ia akan menambahkan kecekapan dan cepantasan untuk sesuatu pekerjaan dengan tanpa rasa bimbang? Jadinya, perbuatan kera itu sebagai "kekeraan" ditambah pemikiran teknikal terhasilah satu keraan (rekaan).
Daripada pencantuman Kekeraan + pemikiran Teknikal=keraan (reka).
oleh kerana itu Keraan(cuba-cuba) ditambah pemikiran Eksprimental lahirlah Kreativiti.
[Kekeraan + Pemikiran Teknikal = Keraan/cuba-cuba (reka)], [Keraan/cuba-cuba(reka) + pemikiran Eksprimental= Kreativiti (kreatif)].
Jadi bolehlah dikatakan perkataan Kreatif sudah masuk dalam perkataan melayu, namun tanpa nilai atau nilai asal sudah dibuang, untuk memasukan nilai Melayu tambah rasa "budibahasa, sopan santun,hati nyamuk sama dicicah hati gajah sama dilapah" kemudian syhadahkan pula dengan tiada tuhan melainkan Allah engkau "kreatif" bertuhan Satu dari Dia engkau datang kepada Dia engkau kembali.......
Apa sudah jadi dengan perkataan Kreatif. Apa bezanya antara Kreatif asal dan Kreatif Melayu....Bersambung lagi..
0 000 org nk tau...:
Post a Comment
DrOp yOuR cOmMeNtS HeRe!, If HaPpY PlEaSe "LIKE"