CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

SERAM!!! Penyingkap Fakta "666"

Bersama Mazidul

sharing is caring Lily's CLICK [@ your fingers]

Sihir???

Pesanan Dari Kawan Untukku....


Assalamualaikum,

Hai, apa khabar Lily hari ini? Terasa cepat sangat masa berlalu, sedar tak sedar dah sampai ke hari jumaat penghujung minggu. Saya doakan semoga minggu ini menjadi minggu yang bermakna buat Lily kerana banyak urusan yang telah diselesaikan ;).

Kebelakangan ini saya banyak menerima email dan pertanyaan daripada pembaca halalnewsletter dan blog halalscience.com. Banyak pertanyaan mengenai cara mengubati penyakit akibat Sihir, perubatan "Islam" dengan kaedah yang mencurigakan seperti menggunakan tangkal Emas Putih, keris, buah limau, ayam hitam dan pelbagai cara lagi.

Walaupun saya kurang arif mengenai penyakit-penyakit akibat perbuatan sihir, tapi Insya Allah saya cuba kongsikan denganLily apa yang saya tahu semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda. Dari sudut Perubatan Moden, kebanyakan penyakit yang dikatakan akibat sihir adalah penyakit berkaitan masalah psikologi seperti gangguan mental ataupun skizoprenia. Penyebabnya? Ada yang memang disebabkan oleh genetik penyakit keturunan, trauma dan juga jangkitan di bahagian cecair saraf tunjang (tulang belakang dan selaput otak).

Biasanya penyakit ini agak sukar untuk sembuh sepenuhnya tetapi gejalanya dapat dikawal dengan ubat-ubatan psikotropik. Mungkin disebabkan penyakit ini tidak dapat dirawat sebaiknya di Hospital, ramai yang beralih kepada peubatan alternatif, tradisional, ataupun ramai yang suka menggunakan istilah 'perubatan Islam'.

Ramai yang pergi berjumpa dengan perawat 'Islam' ataupun ustaz, diawal rawatan biasanya perawat akan melakukan 'scan' dan selalunya berkata: "Awak ni terkena sihir".

Sesetengah orang tidak percaya bahawa Rasulullah s.a.w sendiri pernah terkena atau diserang sihir, kerana mereka menganggap ia menunjukkan kekurangan dan cacat bagi baginda. Padahal masalah sebenarnya tidaklah seperti yang mereka fikirkan. Sihir sama seperti perkara-pekara lain yang pernah menimpa Rasulullah seperti penyakit, rasa sakit, dan cara kerja atau bagaimana sihir bertindak sama juga seperti racun.

Ada riwayat menceritakan, bahawa ketika Rasulullah s.a.w terkena sihir, baginda mengalami khayalan seolah-olah baginda melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya. Kalangan ini berpendapat puncanya adalah daripada bahan di dalam darah yang telah menyerang otak baginda. Sama seperti penyakit lain, terkena sihir ini sama sekali tidak mencacatkan atau menjejaskan nilai kerasulan baginda.

Berubat dengan doa - Doa adalah salah satu kaedah rawatan yang terhebat. Ini kerana penyempuhan hanya datang daripada Allah s.w.t. Namun tidak semua doa dikabulkanNya. Syarat doa dikabulkan adalah doa yang dilakukan dengan tulus dan disertai dengan rasa takut akan dosa dan kelemahan adalam amal ibadah.

Bagi orang-orang yang Soleh, kekuatan atau kelebihan doa dari mereka untuk menyembuhkan penyakit bukanlah sesuatu yang aneh. Mereka berdoa untuk penyembuhan, pada masa yang sama pesakit bersabar dengan ujian penyakit yang menimpa. Sebab itu biasanya, bila kita sakit mintalah orang Soleh mendoakan untuk kesihatan kita. Ini kerana mereka dekat dan dikasihi oleh Allah s.w.t,

Allah s.w.t juga menyebut berulang kali di dalam Al-Quran mengeni sifat sabar:

"Berikan berita gembira kepada orang yang sabar".. Kegembiraan apa yang diterima mereka yang sabar? Allah s.w.t berjanji orang yang sabar akan mendapat pertolongannya bagi segala kesukaran yang dihadapi termasuk disembuhkan penyakit.

Pendapat Peribadi saya, Perubatan Moden di Hospital Klinik juga adalah 'Perubatan Islam' selagi ia tidak bercanggah dan tidak mengandungi bahan haram begitulah juga dengan Perawatan oleh Ustaz juga adalah 'Perubatan Islam' selagi ia tidak bertentangkan dengan syarak dan tidak membawa kepada syirik. Nauzubillah. Jauhilah amalan-amalan perubatan yang meragukan dan menyimpang dari ajaran Islam.

"Semua Penyakit Ada Ubatnya. Apabila ubat yang tepat mengenai penyakitnya, maka sembuhlah ia dengan izin Allah"

"Ya Allah, kami memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan kami berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah kami dan lindungi kami dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"..

Semoga sedikit informasi ini dapat menjadi panduan kita bersama.








"ReAdInG wItH pLEaSuRe" SuKa?? LIKE OK!!

0 000 org nk tau...:

Post a Comment

DrOp yOuR cOmMeNtS HeRe!, If HaPpY PlEaSe "LIKE"